Friday, June 24, 2011

Perbandingan tradisi gamelan pahang/ganu dengan johor

credit to : Music Informations Johor Bahru Arts School 
                   http://muzik-ssjb.blogspot.com

PENGENALAN GAMELAN
Nama Gamelan berasal dari bahasa Jawa yang bermaksud ditabuh atau dipukul. Ini mungkin kerana peralatan muzik gamelan tergolong dalam kumpulan alat perkusi yang dibunyikan dengan cara ditabuh atau dipukul. Alat muzik gamelan diperbuat daripada perunggu dan kayu, dan ada juga dari besi dan buluh. Alat-alatnya mempunyai larasan yang tetap atau ‘fixed tuning’. Permainan muzik gamelan dilakukan secara ensembel. Persembahannya hanyalah lengkap dan sempurna apabila dimainkan secara berkumpulan. Namun muzik gamelan juga boleh dipersembahkan secara tersendiri.

SEJARAH
Muzik gamelan dikatakan wujud semenjak T.M 1. alat gamelan yang pertama sekali dicipta ialah gong. Kemudian alat-alat yang lain dicipta mengikut peredaran zaman. Pada awal tamadun Melayu, gong merupakan alat yang penting dibunyikan sebagai tanda sesuatu upacara bermula atau sesuatu peristiwa berlaku. Pada zaman Pemerintahan Kerajaan Demak di Jawa, gamelan digunakan untuk berdakwah oleh ahli sunan (kiai). Kini gamelan dikenali di seluruh dunia sebagai muzik etnik yang unik yang mempunyai keistimewaannya tersendiri.
Gamelan dipercayai berasal dari Indonesia, tetapi terdapat juga alat gamelan yang serupa di negara jiran seperti Filipina, Thailand, Cambodia dan sebahagian Vietnam. Di antaranya Kulintangan di Sabah, Sarawak, Brunei, Mindanao dan Celebes. Namanya mungkin berbeza dari satu tempat ke tempat lain tetapi bentuk alat serta susunannya adalah lebih kurang sama.
Muzik gamelan Malaysia berasal dari Indonesia. Muzik gamelan dibawa dari Indonesia melalui penghijrahan orang Jawa semasa Empayar Sri Vijaya dan Majapahit dalam kurun ke-14 hingga 15. di Malaysia terdapat dua versi muzik gamelan iaitu Gamelan Johor danGamelan Terengganu.


Gamelan Johor/Gamelan Jawa:
Gamelan Jawa mempunyai latar belakang sejarah yang tersendiri. Kedatangan gamelan Jawa ke Malaysia adalah bersama kedatangan masyarakat Jawa ke Johor. Mereka memainkan gamelan mengiringi persembahan Wayang Kulit Purwa dan mengiringi tarian seperti Tarian Kifrah, Serimpi Lilin, Kupu-kupu dan Cakil. Alat-alat gamelan didapati digunakan bagi mengiringi Riog, Barungan dan Kuda Kepang. Muzik gamelan dipersembahkan di majlis perkahwinan, berkhatan dan sebagainya.
Gamelan jenis ini boleh didapati di Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Muzik gamelan Jawa berfungsi dalam kehidupan rakyat sebagai permainan rakyat dan bukannya terhad untuk persembahan istana.

Gamelan Terengganu.
Muzik gamelan Terengganu bermula apabila istana Pahang menerima set gamelan dari Riau-Lingga pada tahun 1800-an. Muzik ini pertama kali dimainkan sempena hari perkahwinan kerabat Di Raja Pahang dan Lingga pada tahun 1811. Muzik gamelan berkembang di Pahang dalam kurun ke 19.

Bagaimanapun kemajuan muzik gamelan di Pahang menjadi malap dengan kemangkatan Sultan Ahmad. Kemudian muzik gamelan tersebut dibawa ke Terengganu apabila puteri Sultan Ahmad berkahwin dengan Tengku Zainal Abidin dari Terengganu. Sejak itu, muzik gamelan dikenali di istana Terengganu. Dari segi tradisi, gemelan Terengganu adalah tradisi istana dan hanya dipersembahkan untuk hiburan kerabat di raja dan dalam upacara istana.
Muzik gamelan Terengganu mula dibawa keluar dari istana oleh Tan Sri Mubin Sheppard pada tahun 1970-an. Gamelan Terengganu kini banyak mengalami pengubahsuaian dan mempunyai ciri Melayu dan kini digelar gamelan Melayu khasnya bila dipersembahkan dalam majlis rasmi meraikan pembesar, tokoh politik luar negara dan pelancongan.

PERALATAN GAMELAN DAN SKIL
Muzik gamelan Terengganu adalah lebih mudah dibandingkan dengan muzik gamelan Johor/gamelan Jawa. Set alat gamelan Terengganu mengandungi 7 alat berikut:
  • gendang
  • bonang/keromong
  • saron barung
  • sarun penerus/pekin
  • gambang
  • kenong
  • gong

Gamelan Terengganu dimainkan dalam skel slendro iaitu 5 ton. Jeda di antara not hampir sama iaitu lebih kurang berjarak suku ton.




Set alat gamelan Johor/Jawa adalah lebih banyak dan permainannya lebih kompleks. Peralatannya mengandungi 9 alat berikut:
  • gendang (ketipung, jiblon, bem)
  • bonang/keromong
  • demung
  • saron barung
  • saron penerus/pekin
  • gambang
  • kenong
  • kempol
  • gong

Alat tambahan:
  • slenthem
  • saron 9
  • kertuk/kempiang
  • rebab
  • sitar
  • gender
  • seruling/suling
Gamelan Jawa dimainkan dalam skel slendro dan pelog. Skel pelog mengandungi 7 ton dan jeda di antara not agak berbeza iaitu di antara ½ ton dengan minor ke-3. skel pelog adalah seperti berikut:
1
2
3
4
5
6
7
Penunggul
Gulu
Dada
Pelog
Lima
Nem
Barang
(ji)
(ro)
(lu)
(pat)
(ma)
(nem)
(pi)
Skel pelog adalah lebih baru dari skel slendro. Pelog dalam bahasa Jawa bermaksud halus, indah dan cantik.
Skel pelog adalah lebih baru dari skel slendro. Pelog dalam bahasa Jawa bermaksud halus, indah dan cantik.

Kedua-dua skel slendro dan pelog ini pula boleh dibahagikan kepada 3 bahagian (patet).
  • SLENDRO : Patet Nem ; Patet Sanga dan Patet Manyura
  • PELOG : Patet Nem dan Patet Barang


FUNGSI ALAT

GONG
Mengeluarkan pic paling rendah dan dimainkan pada akhir frasa lagu untuk menandakan satu pusingan lengkap lagu.

GONG KEMPOL
Mengeluarkan pic lebih tinggi daripada gong. Dalam Gamelan Terengganu, terdapat sesetangah lagu di mana gong kempol dimainkan pada detik pertama Contohnya, lagu Lenggang Kangkung dan detik keempat pada dua gatra akhir lagu, contohnya lagu Timang Burung.
Dalam permainan Gamelan Jawa gong kempol dimainkan pada detik kedua pada gatra kedua akhir sebelum gong menghabiskan satu pusingan lagu.
KENONG
Dimainkan pada detik keempat setiap gatra.
BONANG BARONG
Dalam Gamelan Terengganu, bonang barong digunakan untuk membuka lagu dan memainkan melodi . Manakala dalam Gamelan Jawa, bonang barong dimainkan untuk membuka lagu dan dimainkan bagi detik pertama dan ketiga dalam setiap gatra .
Cara memainkan bonang barong adalah dengan mengetuk bahagian tombol menggunakan pengetuk. Terdapat dua cara memainkan bonang barong iaitu secara mipil dan gembiang.

BONANG PENERUS
Dalam Permainan gamelan Jawa ,Bonang Penerus memainkan not sinkopasi (up-beat) di mana akan dimainkan secara ‘call and respon’ (soal jawab) kepada Bonang Barong. Manakala dalam permainan gamelan Terengganu, Bonang Penerus akan memainkan melodi seperti Bonang Barong. Bonang Penerus boleh juga dimainkan secara harmoni bersama Bonang Barong dengan cara membuat improvisasi irama dan melodi.
SARON PENERUS/PEKING
Dalam Permainan gamelan Terengganu, Saron Penerus adalah alat yang memainkan melodi utama yang diketuk menggunakan pengetuk yang dibuat daripada tanduk haiwan berbentuk penukul . Saron Penerus diketuk secara gandaan dan biasanya memainkan not kuaver.
SARON DEMUNG
Dalam Permainan gamelan Terengganu, Saron Demung adalah alat yang memainkan melodi utama yang diketuk menggunakan pengetuk yang dibuat daripada kayu berbentuk penukul . Untuk memainkan Saron Demung, hendaklah diketuk pada bilah-bilah gangsa/perunggu yang juga disebut sebagai wilaham. Dalam permainan gamelan Jawa, Saron Demung akan dimainkan pada detik kedua dan keempat.
SARON BARONG
Dalam Permainan gamelan Terengganu, Saron Barung adalah alat yang memainkan melodi utama yang diketuk menggunakan pengetuk yang dibuat daripada kayu berbentuk penukul . Untuk memainkan Saron Barung, hendaklah diketuk pada bilah-bilah gangsa/perunggu yang juga disebut sebagai wilaham. Dalam permainan gamelan Jawa, Saron Demung akan dimainkan pada detik kedua dan keempat.
GENDANG/KENDHANG
Gendang adalah alat yang dimainkan untuk mengawal tempo lagu dan dipukul dengan menggunakan dua tapak tangan.
GAMBANG
Gambang memainkan melodi lagu. Ia dimainkan dengan mengetuk notasi satu oktaf , contohnya 1 dan i, 2 dan 2’ secara gandaan, contohnya, 2/2’,3/3’. Biasanya gambang memainkan not kuaver.

CADANGAN PENYUSUNAN ALAT PERMAINAN GAMELAN



Rajah 2 : Susunan permainan gamelan

NOTASI GAMELAN
Pada permulaannya, permainan gamelan dimainkan tanpa notasi. Notasi tidak penting dan lagu lama tidak dicatat. Muzik ini dipelajari secara tidak formal melalui pendengaran bermula dengan yang mudah dan beransur kepada kompleks. Pada abad ke-19, sistem menggunakan nombor diperkenalkan untuk memudahkan pemuzik memainkan ‘repetoire’/lagu yang telah banyak berkembang. Sistem menggunakan nombor ini dikenali sebagai Sistem Kepatihan dan sistem ini kekal digunakan sekarang.

TEKSTUR
Tekstur muzik gamelan adalah polifoni. Polifoni bermakna gubahan yang mempunyai banyak lapisan suara . Ciri utama muzik gamelan ialah bentuknya yang berulang . Setiap frasa diulang muziknya dan bergerak dalam bentuk bulatan. Permainan gamelan memerlukan kemahiran muzikal serta teknikal, perasaan yang peka kepada tekstur keseluruhan serta kerjasama dan hubungan yang baik di antara setiap alat atau pemain.

No comments:

Post a Comment